Friday, 21 December 2012

Befrienders

Assalamualaikum.. ^_^

Pernah tak dengar pasal befrienders? If pernah baguslah, if belum sila hayati entri ni betul-betul..haha!

Sebelum tu ris nak recall balik isu pasal remaja yang berusia 20an, iaitu Syahir atau Edward Martin Jesus. Dia pernah membuat kontroversi di laman 'muka buku' dimana dia telah murtad, kerana kecewa dengan hubungan cintanya dan yang paling teruk sekali, dia juga turut menyatakan hasratnya untuk membunuh diri. Ramai pihak yang cuba untuk menasihatinya, dan tidak kurang juga ada segelintir pihak yang memaki hamunnya..ini mungkin memberi tekanan yang lebih teruk kepadanya..Mungkin akan ada yang cakap dia hanya mencari publisiti, but how if dia betul-betul ingin membunuh diri?? 


Siapakah befrienders sebenarnya?
  • merupakan sebuah organisasi yang tiada keuntungan, atau tidak mengambil keuntungan
  • membantu dengan cara mendengar masalah untuk sesiapa sahaja tidak kira bangsa, umur, agama dan jantina yang memerlukan, dimana maklumat mengenai diri tidak perlu di beritahu
  • perkhidmatan di buka 24 jam sehari, 7 hari seminggu, tanpa dikenakan bayaran
  • masalah boleh diceritakan melalui telefon, email, surat, ataupun bersemuka (perlu buat temu janji terlebih dahulu)

Misi befrienders ialah untuk mengurangkan kadar stress dan risiko untuk membunuh diri dengan membantu dari segi emosi dan pendidikan kepada orang ramai. Elok sangatlah..kes stress melampau dan nak bunuh diri ni memang semakin meningkat di Malaysia, lebih-lebih lagi golongan remaja... ^_^

Haaa..sesiapa yang rasa diri dia depressed, bermasalah dan rasa tiada kawan yang ambil peduli..befrienders sedia membantu..hehe! Promote-promote~ 



The befrienders
24 hours HOTLINE (branch Kuala Lumpur)
03-79568144/5
Homepage: www.befrienders.org.my
E-mail: sam@befrienders.org.my

2 comments:

ary_lee said...

owwhhh~~ baru ai tahu.. huhuhu

syafiqakarim said...

syahir tu..junior..err..


ok. kalau talian engage,
awok semua bole call kite.
im part time consultant .lul