Tuesday 13 November 2012

Alololo~ kesian baby sembelit~

Assalamualaikum.


Haha! bukan baby ayang2 ye~ in this case pasal baby yang masih baru lagi melihat dunia ni.. ^_^
Kenapa eh selalu baby dapat sembelit? Untuk yang dah ada anak mungkin faham, atau bagi yang ada adik yang masih kecil.. 

Baru-baru ni, ris ada terbaca entri kat blog abang ben. Iaitu mengenai anaknya yang mengalami sembelit..tu yang dapat idea nak update entri.hehe! 

Sembelit terjadi apabila, bahan buangan tersimpan lama dan melebihi had masa di dalam usus besar. Ia bergantung pada umur dan juga diet. Lebih lama bahan buangan tu tersimpan, lebih banyak air akan diserap balik ke dalam badan dan seterusnya menjadi keras dan sakit sikit apabila tiba masa untuk mengeluarkannya..erk?hehe! =P



Kalau baby sudah mula diberi makanan selain susu, mereka lebih cenderung untuk mendapat sembelit. Ini kerana terdapat perubahan dalam diet pemakanan mereka, tambahan lagi usus baby memang agak sensitif terhadap makanan..

Antara diet yang boleh melembutkan 'tahi baby'.ngeh3!, ialah banana, peache, prunes , epal dan banyak lagi.. Oleh itu, buah-buahan harus diperbanyakkan dalam diet pemakanan baby..Oops! tak lupa juga, sayur-sayuran..hehe! ^_^




Eh?? hehe! ^_^

1 comment:

Tinta Lana said...

Assalammualaikum.

Ris.. antara yang boleh melembutkan 'tahi baby' --> wowww, ayat superb! hehehehe

Selain perubahan diet, ada gak baby yang kurg num air. Kita bagi susu taknak, air masak pun taknak. Yg camni mmg payah, kdg2 sembelit smpai berdarah. Ni pengalaman lana tlg mak jaga baby.