Tuesday 16 April 2013

Mr Spacer: Please don't brush or wipe me!

Assalamualaikum..

Mr. Spacer : Please don't brush or wipe me!

Who is spacer??
Kepada para ibu di luar sana yang ada anak kecil yang menghidapi asthma, pasti kenal.
Bagi yang tiada anak, tapi ada sepupu sepapat yang menghidapi asthma pun pasti tahu.
Kalau langsung tak tahu, tak mengapa, ini lah masanya untuk mengenali 'Spacer'.. ^_^


Spacer, biasanya digunakan bersama-sama dengan pump/inhaler/meter dose inhaler..untuk membantu anak-anak kecil yang tak boleh tolerate pakai pump sahaja. Sebab diorang tak pandai nak sedut terus bila dah tekan pump tu. Maka, spacer ni dapat membantu mereka agar dapat menyedut ubat dalam bentuk kabus daripada pump dengan sedutan secara normal dimana tak perlu terus sedut bila dah tekan pump. 

Ok, untuk menjaga spacer ni perlu ada pantang larangnya..hehe! Ini kerana, kalau tak jaga pantang larang tu,  ubat yang keluar dari pump tu tak masuk dengan sepenuhya ke dalam paru-paru. Jadi, macam useless je kan, guna ubat tu, tapi tak elok-elok.

Antara pantang larangnya adalah:

1. Basuh dengan air suam ( kocak-kocak gitu je ) 
2. Tak perlu berus ( even ada putih-putih kabus yang melekat )
3. Letak sabun sikit je..( tak perlu sampai berbuih )
4. Tak perlu lap dengan kain ( biar je sampai kering sendiri ) 

Kenapa perlu ikut pantang larang ni?
1.Apabila basuh dengan air panas, berus, dengan sabun yang banyak akan merosakkan permukaan dinding spacer.

2.Kalau lap dengan kain, nanti akan terhasil suatu tenaga 'static electricity'. Ini akan menyebabkan ubat daripada pump akan melekat pada dinding spacer, seterusnya ubat tak masuk semua ke dalam paru-paru.

*static electricity seperti kita letak tangan dekat permukaan televisyen, dimana bulu-bulu roma akan melekat dan menegak ke arak permukaan televisyen tu..

Tuesday 9 April 2013

Tak cukup kertas, guna kulit sendiri..

Assalamualaikum...

Hi selamat pagi semua! ^_^

Pagi ni, ris nak share sedikit info mengenai 'scratch on skin'...
Apakah itu?? Medical term: Dermatographic urticaria.. lagi lah! what the hell is that.haha!

Ok, to make it simple, Dermatographic urticaria terjadi apabila kita scratch je kulit , ia akan timbul, kemerahan dan gatal-gatal.

Bagaimana ia terjadi? Semuanya disebabkan 'mast cells'..yang berada didalam kulit...
Fungsi mast cells? Ia akan memberi tindak balas seperti allergic..

Tetapi, untuk Dermatographic urticaria, dinding mast cells ni terlalu nipis, dan menyebabkan ia senang memberi tindak balas terhadap rangsangan yang di berikan ; contohnya tekanan seperti scratching, terlanggar benda-benda yang keras ke, dan lain-lain. Asalkan, ada tekanan...


Mungkin ada diantara rakan-rakan korang mempunyai simptom yang macam ni, then habaq kat dorang ini bukan sesuatu yang serius..hehe! Jangan panik... Itu hanya tindak balas semulajadi...hihi..

Untuk orang yang macam ni, kalau tak cukup kertas, boleh guna kulit sendiri...hahaha! =D