Monday 30 April 2012

Bakar-bakar trend masa kini..

Assalamualaikum.

Hi. Sekali lagi, aku mempunyai semangat yang agak tinggi untuk menulis.hehe! Kali ini aku ingin menyentuh mengenai trend masa kini iaitu makan ayam atau daging bakar..hurm..sedap memang sedap..tetapi ianya tidak begitu sihat untuk dimakan dengan KERAP..sekali lagi aku ulang..dengan KERAP...^_^

Aku berharap agar kurangkan lah makan makanan yang bakar-bakar ni. Bukan tak boleh makan langsung...tapi kalau boleh kurang-kurangkan lah.. ^_^. Antara contoh lain seperti barbeque, dan satay



Bagi yang tidak tahu, makanan yang dibakar ni biasanya akan ada bahan 'carcinogen'... Haa, bahan ini lah yang merbahaya sebab ia boleh memberi risiko yang tinggi untuk mendapat kanser.. HOW?

Melalui beberapa langkah( proses ini mengambil masa yang agak lama.*bergantung dengan setiap orang*) :
  1. Bahan carcinogen (warna hitam yang ada pada makanan )
  2. Perubahan DNA  dalam sel melalui 'multi-step' 
  3. Penghasilan sel 'kanser' berlaku 
  4. KANSER 

Ia agak merisaukan sebab trend ni dah semakin digemari ramai..sedangkan mereka tidak sedar ia akan membawa padah di kemudian hari... 'mencegah lebih baik daripada mengubati'.. ^_^



Drama melayu: Makan ubat tak minum air?

Assalamualaikum.

Harap semua blogger berada dalam keadaan sihat ^_^ walaupun cuaca di Malaysia terutama di Shah Alam sekarang agak panas.. Tapi tak mengapa, mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku..

Ok, pernah tak korang tengok drama melayu yang ada scene sakit jantung? Kalau dulu, aku tengok drama yang macam tu, dalam hati berkata-kata..siapa lah pengarah drama ni. Scene makan ubat waktu serangan jantung tak minum air pun! haha! *bengong.heh.haha.*




Tetapi, sekarang barulah aku tahu ada ubat atau pil yang boleh dimakan tak perlu minum air. Ubat atau pil itu biasanya akan diletakkan dibawah lidah, atau dalam bahasa medicalnya dikenali sebagai sublingual pil. Contohnya, bagi ubat serangan sakit jantung adalah Sublingual Nitroglycerin. Ubat ni, memang memberi kesan yang agak cepat untuk melegakan serangan sakit yang datang secara tiba-tiba. 



                                                                   Sublingual Nitroglycerin

Kesimpulannya, pengarah drama tu memang mengkaji fakta ubat.haha! Aku je yang tak cukup ilmu... ^_^
Ini menandakan ilmu itu sangat penting tidak kira lah, apa jenis ilmu sekali pun..janji ianya memberikan kebaikan kepada diri kita ^_^

Saturday 28 April 2012

Sperma Salmon

Assalamualaikum.


 Salmon sushi
                                              


Hi, aku pasti ramai yang dah mengenali Salmon. Lebih-lebih lagi bagi pengemar sushi ^_^ 
Aku bukanlah ingin menulis mengenai makanan sushi, tapi mengenai sperma si ikan Salmon. Sperma Salmon sebenarnya mengandungi protamine sulfate...Protamine sulfate biasanya digunakan untuk menghentikan pendarahan, contohnya dalam pembedahan jantung. Tapi tidaklah sperma tu dikeluarkan dan terus digunakan. Ianya akan diekstrak terlebih dahulu melalui kaedah bioteknologi. Aku agak kagum, sebab, Salmon ni bukan sahaja untuk dimakan, malahan digunakan juga dalam bidang perubatan. ^_^ 



                         Proses pengambilan sperma        Protamine sulfate










Friday 27 April 2012

Sayang bangsa

Assalamualaikum.

Tepat jam 8.15 am aku selesai bersiap untuk ke kelas revision. Kelas start pukul 8.30 am, ada masa 15 minit untuk sampai ke dewan kuliah..*jalan kaki je.hehe!  Sampai je kat kelas terus duduk, konon-nya nak berebut tempat duduk padahal rakan seperjuangan pun  tak sampai lagi.haha! ^_^

Tiba-tiba aku terdengar Prof.Hamid tengah membebel. Ingat nak endahkan je, tapi macam ada sesuatu yang tak kena. Selalu dia ok je, cool. So aku pun fokus dan mengamati betul-betul bebelan Prof untuk mengetahui lebih lanjut..heheh! 


Prof: I already ask for help and told shahrul to prepare this computer and projector sharp at 8 am. I sudah remind banyak-banyak kali. Tapi tengok hari ini, datang prepare pun pukul 8.30 am. I sudah ada sini pukul 8am tadi. 
*Damn. Aku 8.15 am pun baru selesai bersiap, dia da kat dewan kuliah. Malu dengan attitude sendiri.


Prof: Jangan macam ini lah..we work as a team...we need each other.. Duduk-duduk minum kopi sampai pukul 8.30 pagi, 9 pagi..itu macam ke kerja..
*Terasa gak. sebab aku memang suka nak minum-minum dulu before masuk next class.Kadang terlewat masuk..really distract others.


Baru nak start kelas, tiba-tiba computer tu buat hal pulak.

Prof: Macam mana ini. why it cannot open? somebody please help me. *sambil tangan dia melambai-lambai*  

Beberapa saat kemudian...

Prof: Somebody please help me.*sekali lagi dia melambai-lambai*

Sadly, sorang pun tak turun bantu Prof tu, termasuk aku lah kan.sebab aku duduk belakang sekali jauh.alasan!haha! *we expect lelaki la kan.haha!* Tapi lelaki pemalu kot.ntahla. or to be positive thinking, maybe diorang buta IT kot..tapi jarang la lelaki tak tahu IT.mostly pandai kan bab-bab IT nih. ^_^


Rakan-rakan kelas masih senyap...*tanda penat buat revision or online sepanjang malam.huhu!*

Prof: Ok dah boleh open.we can start our revision now. But before that I nak tegurla. All of you cannot do like that hah, Tadi I ask for help and you all keep silent. Tak datang turun pun. Macam mana ni? we work as a team.. I kena ajar you, untuk jadi yang terbaik. I do my best, you should do your best too. Kena la tolong menolong.. Macam ni ke sayang bangsa?? No! you all tak sayang bangsa. Tak sayang bangsa dan tak sayang negara. I am very sad with your attitude. Next time, dont do like this. You must help each other. Macam mana bangsa nak maju? 


Haha! sentap aku lepas Prof tu marah-marah. Awal pagi, dah kene bebel. Tapi bila aku fikirkan balik..banyak maksud tersirat dalam kata-kata Prof tu. Adakah bangsa melayu sekarang, betul-betul sayang kan bangsa mereka??  



Kata keramat Hang Tuah: 'Takkan Melayu hilang di dunia'

  

Permulaan

Assalamualaikum.

Hari ni, hari pertama aku mula blogging. Mengapa blogging? Sejujurnya aku nak cuba menjadi seorang blogger hanya kerana satu sebab sahaja iaitu dipengaruhi oleh kawan.haha! Jealous tengok dia dapat berkongsi ilmu dan bertukar pendapat dengan rakan-rakan blogger yang lain. Tambahan lagi melihat blog-blog yang sangat cantik, comel dan kreatif mengikut cita rasa masing-masing telah menaikkan lagi semangat aku untuk menjadi blogger dengan blog yang simple sahaja * sebab tak cukup kreatif, blog ni pun tempah je kot.haha!

Aku berharap agar rakan blogger yang akan datang..hehe! dapat membantu aku menjadi blogger yang dapat menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara * berhasrat tinggi plak ^_^  

Let's start ! ^_^