Sunday 27 May 2012

Iguazu Falls

Assalamualaikum.

'One of New 7 Wonders of  The World' iaitu Iguazu Falls. Ia merupakan air terjun yang terbesar di dunia yang terletak di sempadan Brazillian State of Parana dan Argentina Province of Missiones. Sumber air terjun ini adalah daripada Iguazu River dan seterusnya mengalir ke Parana River iaitu di bahagian bawah air terjun. Air terjun ini mempunyai ketinggian mencecah 200-269 kaki. Truly, Iguazu Fall merupakan alam semulajadi yang sangat indah dan cantik! ^_^  




Wednesday 16 May 2012

The Genius

Assalamualaikum.

Pernah tak korang mempunyai rakan yang mengalami masalah dalam menulis, membaca dan mengira ketika di bangku sekolah? Selalunya masyarakat suka melabelkan kanak-kanak begini sebagai seorang yang bodoh. Ini membuatkan ibu bapa kadang berasa malu dengan keadaan anak mereka yang mengalami masalah sedemikian dan seterusnya tidak mahu menghantar anak mereka bagi mendapat pendidikan yang sewajarnya. 

Kanak-kanak yang mempunyai masalah membaca, menulis dan mengira ni dipanggil sebagai `Disleksia'... mengikut pelbagai sumber, orang disleksia ini merupakan seorang yg kreatif dan berimaginasi tinggi..corak pemikiran mereka juga adalah berbeza dengan kanak-kanak yang lain..



Kalau tengok rumah kotak tu, biasanya dilukis oleh kanak-kanak biasa manakala rumah yang segitiga tu rumah yang dilukis oleh kanak-kanak disleksia.. ^_^

Mereka susah untuk  menerima pembelajaran yang biasa diajar di sekolah seperti kanak-kanak lain kerana mereka belajar berasaskan logik. Oleh itu pembelajaran dengan kaedah 'multisensory' digunakan untuk mengajar kanak-kanak disleksia ini. 

Contohnya,
A bunyinya aaaa...     E bunyinya eeee... 
B bunyinya bhh...       F bunyinya fhh...
C bunyinya chh..        G bunyinya ghh..
D bunyinya dhh..

Huruf diajar dengan bunyi dan seterusya membina perkataan dengan menggunakan huruf-huruf tersebut.
Sebagai contoh:

B( sebutan bhh) A(sebutan aaa) J (sebutan jhh) U (sebutan uu) , kalau gabung kesemua bunyi huruf ni akan menghasilkan perkataan dan sebutan untuk BAJU... ^_^ logik kan?

Kalau kanak-kanak biasa..boleh follow cara ejaan biasa mengikut suku kata..contohnya ba-ju = baju. tanpa memikirkan kenapa sebutannya harus begitu. Tapi bagi kanak-kanak disleksia, mereka akan memikirkan dan bertanya kenapa b dan a bunyinya baa.. j dan u bunyinya juu.. 

Albert Einstein, Steve Job, Walt Disney, Orlando Bloom, Tom Cruise adalah antara orang-orang yang pernah mengalami disleksia ketika kanak-kanak.. Hebat tak mereka sekarang? ^_^

Oleh itu, kanak- kanak disleksia ini seharusnya tidak dipinggirkan, mereka harus menerima pembelajaran yang sewajarnya untuk membantu mereka agar dapat membaca, menulis dan mengira dengan lebih baik..seterusnya membina keyakinan mereka untuk terus belajar sehingga berjaya.. ^_^

Sunday 13 May 2012

Ibu gusar tiada ucapan Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum.

Petang tadi singgah Mc Donald dan kelihatan ramai keluarga yang menyambut Hari Ibu..disambut ala-ala party gitu..hehe. Tapi, bagaimana jika Hari Ibu ni tak disambut? Maksudnya tiada kata-kata ucapan Hari Ibu kepada ibu-ibu pada tanggal 13 May ini? Adakah mereka(ibu-ibu) akan berkecil hati? gusar? 

Inilah masalahnya.. kadang-kadang aku rasa pengaruh media kat televisyen tu pun sudah cukup memadai untuk membuatkn si ibu rasa tidak diingati dan dihargai apabila ada diantara anak-anak mereka yang tidak mengucapkan 'Selamat Hari Ibu'..sedangkan bagi aku, tiap-tiap hari merupakan Hari Ibu..tidak perlulah menyambut pada waktu yang tertentu...*betul tak ibu? ^_^

Maka dengan itu, sentiasalah menyambut hari ibu pada setiap hari...^_^ Ibu-ibu pun pasti merasa gembira selalu..*tak caye? cuba buat! ^_^




Thursday 10 May 2012

Refleksi Bayi

Assalamualaikum.

Siapalah yang akan mengalihkan pandangan mereka apabila melihat bayi yang baru lahir dan comel?..tentulah tidakkan. Malahan korang pasti akan tersenyum.. ^_^ Selain daripada kecomelan mereka, bayi yang baru lahir juga mempunyai banyak lagi kelebihan lain...contohnya Primitive Reflex...

Antara contoh-contonhya adalah seperti berikut...

Moro reflex - Dimana bayi tersebut akan memberi tindak balas apabila dia terasa seperti mahu terjatuh atau rasa tak seimbang..so bayi tu akan terkapai-kapai macam nak minta bantuan..haha!
Aarghh! Tolongg~



Stepping reflex - Ha, yang ni pernah tak korang cuba dengan meletakkan kaki bayi tu diatas lantai. Dan secara otomatiknya, bayi tu seperti mahu berjalan..haha! 
                                    Yakin je macam da boleh jalan ^_^



Rooting / sucking reflex - Ini berlaku apabila bayi menyusu dengan ibunya..dan perasan tak kalau korang sentuh pipi bayi tu dengan sebarang objek contohnya jari ke, bayi tu akan mula membuka mulut untuk mencari objek tersebut..cute kan ^_^
                                            Hidung mummy pun jadi.. ^_^



Palmar grasp reflex - Untuk reflex ni, memang setiap masa bayi suka buat  ^_^
Tenang je.. ^_^ 



Swimming reflex - Bayi akan memberi tindak balas seperti berenang apabila diletakkan di dalam air. 
Dive reflex - Contohnya macam proses beranak dalam air..sewaktu kepala bayi masih lagi di dalam air, bayi itu akan berhenti bernafas dan membuka matanya.. Reflex ni pun sangat penting sekiranya bayi terjatuh dan tengelam di dalam air, dia masih sempat untuk diselamatkan daripada lemas..  
                       AMARAN! Jangan buat dirumah ye,bayi ni memang dah PRO.




Babinski reflex - Sentuhan pada tapak kaki bayi akan menyebabkan reflex ni berlaku. Ia disebabkan saraf motor bahagian atas yang masih belum lengkap..walaupun ia nampak pelik tapi ia normal..semakin bayi membesar, reflex ni akan hilang.. 
                                                       cute...^_^



Ini adalah sebahagian je, terdapat beberapa lagi reflex untuk bayi baru lahir. Kalau rajin, explorelah sendiri ^_^


Wednesday 9 May 2012

Gift of life

Assalamualaikum.

Hari ni, aku nak share cerita pasal konflik yang berlaku dalam kes pemindahan organ hasil bacaan sebuah novel, dan yang bestnya ia adalah kisah benarDimana, seorang ibu yang sentiasa berdoa agar anaknya mendapat jantung baru untuk mengantikan jantungnya yang bermasalah. 

Pada suatu hari, muncul seorang penderma yang jantungnya juga sudah disahkan sesuai untuk anaknya. Tetapi, penderma itu merupakan seorang bekas penjenayah. Malangnya, si ibu tidak dapat menerima dan dalam dilemma untuk menerima jantung penjenyah tersebut untuk diberikan kepada anaknya.. 

Si ibu,sangat takut..mungkinkah apabila anaknya besar kelak dia akan menjadi seperti penjenayah tersebut,  disebabkan jantung yang digunakan adalah jantung bekas milik penjenayah..haha!

Bagaimana jika korang  berada di tempat si ibu? terima atau tidak?


Human heart is so strong.. ^_^

Friday 4 May 2012

Keindahan telur

Assalamualaikum.

Hi, hari ni aku nak kongsi sedikit mengenai 'keindahan telur' bukan apa. Agak tertarik dengan topik telur ni, sebab macam-macam komen aku baca kat facebook mengenai telur ni. Ada yang kata subhanallah, comel la, amazing, geram rasa macam nak picit dan yang tak boleh blah tu, ada gak sorang mamat ni komen 'apa nih?kotornya' pufff?? Padahal dia takkan lah tak tahu yang telur tu jugak yang boleh memberi dia zuriat... Isyh..isyh..tak bersyukur langsung.. =_=' tapi bila aku siasat balik, rupa-rupanya budak-budak lagi..haha! biasalah.. ^_^

Apa pun, inilah keindahan telur atau ovum yang dihasilkan oleh ovari perempuan semasa proses ovulasi.. 
Gambar ni, diambil semasa Dr. Jacques Donnez seorang gynecologist membuat hysterectomy atau dikenali sebagai pembedahan pembuangan uterus. Dia juga merupakan salah seorang ahli New European Surgical Academy(NESA).

                                    Ovum/ egg yang warna kekuningan

                                                Dr. Jacques Donnez 

Variasi Raksasa Biru

Assalamualaikum.

Idea tercetus untuk update entri selepas makan Mamee Monster. Snack yang sangat cool! ^_^

                                              Mamee monster


Cookie monster


Sulley 
       * biru ke hijau eh?*haha.        


Antara ketiga-tiga monster ni, mana yang menjadi pilihan anda? undi-undi.haha!