Showing posts with label sivik. Show all posts
Showing posts with label sivik. Show all posts

Wednesday, 16 May 2012

The Genius

Assalamualaikum.

Pernah tak korang mempunyai rakan yang mengalami masalah dalam menulis, membaca dan mengira ketika di bangku sekolah? Selalunya masyarakat suka melabelkan kanak-kanak begini sebagai seorang yang bodoh. Ini membuatkan ibu bapa kadang berasa malu dengan keadaan anak mereka yang mengalami masalah sedemikian dan seterusnya tidak mahu menghantar anak mereka bagi mendapat pendidikan yang sewajarnya. 

Kanak-kanak yang mempunyai masalah membaca, menulis dan mengira ni dipanggil sebagai `Disleksia'... mengikut pelbagai sumber, orang disleksia ini merupakan seorang yg kreatif dan berimaginasi tinggi..corak pemikiran mereka juga adalah berbeza dengan kanak-kanak yang lain..



Kalau tengok rumah kotak tu, biasanya dilukis oleh kanak-kanak biasa manakala rumah yang segitiga tu rumah yang dilukis oleh kanak-kanak disleksia.. ^_^

Mereka susah untuk  menerima pembelajaran yang biasa diajar di sekolah seperti kanak-kanak lain kerana mereka belajar berasaskan logik. Oleh itu pembelajaran dengan kaedah 'multisensory' digunakan untuk mengajar kanak-kanak disleksia ini. 

Contohnya,
A bunyinya aaaa...     E bunyinya eeee... 
B bunyinya bhh...       F bunyinya fhh...
C bunyinya chh..        G bunyinya ghh..
D bunyinya dhh..

Huruf diajar dengan bunyi dan seterusya membina perkataan dengan menggunakan huruf-huruf tersebut.
Sebagai contoh:

B( sebutan bhh) A(sebutan aaa) J (sebutan jhh) U (sebutan uu) , kalau gabung kesemua bunyi huruf ni akan menghasilkan perkataan dan sebutan untuk BAJU... ^_^ logik kan?

Kalau kanak-kanak biasa..boleh follow cara ejaan biasa mengikut suku kata..contohnya ba-ju = baju. tanpa memikirkan kenapa sebutannya harus begitu. Tapi bagi kanak-kanak disleksia, mereka akan memikirkan dan bertanya kenapa b dan a bunyinya baa.. j dan u bunyinya juu.. 

Albert Einstein, Steve Job, Walt Disney, Orlando Bloom, Tom Cruise adalah antara orang-orang yang pernah mengalami disleksia ketika kanak-kanak.. Hebat tak mereka sekarang? ^_^

Oleh itu, kanak- kanak disleksia ini seharusnya tidak dipinggirkan, mereka harus menerima pembelajaran yang sewajarnya untuk membantu mereka agar dapat membaca, menulis dan mengira dengan lebih baik..seterusnya membina keyakinan mereka untuk terus belajar sehingga berjaya.. ^_^

Friday, 27 April 2012

Sayang bangsa

Assalamualaikum.

Tepat jam 8.15 am aku selesai bersiap untuk ke kelas revision. Kelas start pukul 8.30 am, ada masa 15 minit untuk sampai ke dewan kuliah..*jalan kaki je.hehe!  Sampai je kat kelas terus duduk, konon-nya nak berebut tempat duduk padahal rakan seperjuangan pun  tak sampai lagi.haha! ^_^

Tiba-tiba aku terdengar Prof.Hamid tengah membebel. Ingat nak endahkan je, tapi macam ada sesuatu yang tak kena. Selalu dia ok je, cool. So aku pun fokus dan mengamati betul-betul bebelan Prof untuk mengetahui lebih lanjut..heheh! 


Prof: I already ask for help and told shahrul to prepare this computer and projector sharp at 8 am. I sudah remind banyak-banyak kali. Tapi tengok hari ini, datang prepare pun pukul 8.30 am. I sudah ada sini pukul 8am tadi. 
*Damn. Aku 8.15 am pun baru selesai bersiap, dia da kat dewan kuliah. Malu dengan attitude sendiri.


Prof: Jangan macam ini lah..we work as a team...we need each other.. Duduk-duduk minum kopi sampai pukul 8.30 pagi, 9 pagi..itu macam ke kerja..
*Terasa gak. sebab aku memang suka nak minum-minum dulu before masuk next class.Kadang terlewat masuk..really distract others.


Baru nak start kelas, tiba-tiba computer tu buat hal pulak.

Prof: Macam mana ini. why it cannot open? somebody please help me. *sambil tangan dia melambai-lambai*  

Beberapa saat kemudian...

Prof: Somebody please help me.*sekali lagi dia melambai-lambai*

Sadly, sorang pun tak turun bantu Prof tu, termasuk aku lah kan.sebab aku duduk belakang sekali jauh.alasan!haha! *we expect lelaki la kan.haha!* Tapi lelaki pemalu kot.ntahla. or to be positive thinking, maybe diorang buta IT kot..tapi jarang la lelaki tak tahu IT.mostly pandai kan bab-bab IT nih. ^_^


Rakan-rakan kelas masih senyap...*tanda penat buat revision or online sepanjang malam.huhu!*

Prof: Ok dah boleh open.we can start our revision now. But before that I nak tegurla. All of you cannot do like that hah, Tadi I ask for help and you all keep silent. Tak datang turun pun. Macam mana ni? we work as a team.. I kena ajar you, untuk jadi yang terbaik. I do my best, you should do your best too. Kena la tolong menolong.. Macam ni ke sayang bangsa?? No! you all tak sayang bangsa. Tak sayang bangsa dan tak sayang negara. I am very sad with your attitude. Next time, dont do like this. You must help each other. Macam mana bangsa nak maju? 


Haha! sentap aku lepas Prof tu marah-marah. Awal pagi, dah kene bebel. Tapi bila aku fikirkan balik..banyak maksud tersirat dalam kata-kata Prof tu. Adakah bangsa melayu sekarang, betul-betul sayang kan bangsa mereka??  



Kata keramat Hang Tuah: 'Takkan Melayu hilang di dunia'