Monday, 30 April 2012

Drama melayu: Makan ubat tak minum air?

Assalamualaikum.

Harap semua blogger berada dalam keadaan sihat ^_^ walaupun cuaca di Malaysia terutama di Shah Alam sekarang agak panas.. Tapi tak mengapa, mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku..

Ok, pernah tak korang tengok drama melayu yang ada scene sakit jantung? Kalau dulu, aku tengok drama yang macam tu, dalam hati berkata-kata..siapa lah pengarah drama ni. Scene makan ubat waktu serangan jantung tak minum air pun! haha! *bengong.heh.haha.*




Tetapi, sekarang barulah aku tahu ada ubat atau pil yang boleh dimakan tak perlu minum air. Ubat atau pil itu biasanya akan diletakkan dibawah lidah, atau dalam bahasa medicalnya dikenali sebagai sublingual pil. Contohnya, bagi ubat serangan sakit jantung adalah Sublingual Nitroglycerin. Ubat ni, memang memberi kesan yang agak cepat untuk melegakan serangan sakit yang datang secara tiba-tiba. 



                                                                   Sublingual Nitroglycerin

Kesimpulannya, pengarah drama tu memang mengkaji fakta ubat.haha! Aku je yang tak cukup ilmu... ^_^
Ini menandakan ilmu itu sangat penting tidak kira lah, apa jenis ilmu sekali pun..janji ianya memberikan kebaikan kepada diri kita ^_^

4 comments:

pha is said...

memang akan cepat. sbb salur darah bawah lidah terus straight ke jantung. so, ubat cepat sampai ke tapak tindakan. lagi satu, kalau ubat oral (telan - diserap dalam perut), ubat tu kena lalui hati dulu. kat situ berlaku proses metabolisma yang akan menyebabkan bioavailaility (kadar ubat dalam darah yang masih boleh digunakan) menurun, dan prosesnya agak lambat. sebab tu kalau ubat serangan jantung, lebih sesuai buat sublingual. hehe

BlueiceButterfly said...

~hehe..sy pun pernah terpikir..ingat saja berlakon makan ubat tipu..
nice info :)

[sutera kasih] said...

aaahhh kan, tak terfikir pulak..huhu

Amanina said...

ehhh? tak terfikir plak. hehehe. kalau nak cari air, dan dan je mati orang tu, haha :D