Pernah tak korang mempunyai rakan yang mengalami masalah dalam menulis, membaca dan mengira ketika di bangku sekolah? Selalunya masyarakat suka melabelkan kanak-kanak begini sebagai seorang yang bodoh. Ini membuatkan ibu bapa kadang berasa malu dengan keadaan anak mereka yang mengalami masalah sedemikian dan seterusnya tidak mahu menghantar anak mereka bagi mendapat pendidikan yang sewajarnya.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah membaca, menulis dan mengira ni dipanggil sebagai `Disleksia'... mengikut pelbagai sumber, orang disleksia ini merupakan seorang yg kreatif dan berimaginasi tinggi..corak pemikiran mereka juga adalah berbeza dengan kanak-kanak yang lain..
Kalau tengok rumah kotak tu, biasanya dilukis oleh kanak-kanak biasa manakala rumah yang segitiga tu rumah yang dilukis oleh kanak-kanak disleksia.. ^_^
Mereka susah untuk menerima pembelajaran yang biasa diajar di sekolah seperti kanak-kanak lain kerana mereka belajar berasaskan logik. Oleh itu pembelajaran dengan kaedah 'multisensory' digunakan untuk mengajar kanak-kanak disleksia ini.
Contohnya,
A bunyinya aaaa... E bunyinya eeee...
B bunyinya bhh... F bunyinya fhh...
C bunyinya chh.. G bunyinya ghh..
D bunyinya dhh..
Huruf diajar dengan bunyi dan seterusya membina perkataan dengan menggunakan huruf-huruf tersebut.
Sebagai contoh:
B( sebutan bhh) A(sebutan aaa) J (sebutan jhh) U (sebutan uu) , kalau gabung kesemua bunyi huruf ni akan menghasilkan perkataan dan sebutan untuk BAJU... ^_^ logik kan?
Kalau kanak-kanak biasa..boleh follow cara ejaan biasa mengikut suku kata..contohnya ba-ju = baju. tanpa memikirkan kenapa sebutannya harus begitu. Tapi bagi kanak-kanak disleksia, mereka akan memikirkan dan bertanya kenapa b dan a bunyinya baa.. j dan u bunyinya juu..
Albert Einstein, Steve Job, Walt Disney, Orlando Bloom, Tom Cruise adalah antara orang-orang yang pernah mengalami disleksia ketika kanak-kanak.. Hebat tak mereka sekarang? ^_^
Oleh itu, kanak- kanak disleksia ini seharusnya tidak dipinggirkan, mereka harus menerima pembelajaran yang sewajarnya untuk membantu mereka agar dapat membaca, menulis dan mengira dengan lebih baik..seterusnya membina keyakinan mereka untuk terus belajar sehingga berjaya.. ^_^
1 comment:
pergh ! Tom Cruise disleksia?
hebat dia skarang nmpk mcm x ade masalah langsung
*thumbs up*
Post a Comment