Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Friday, 1 June 2012

Ha-Ha-Ha~ with Angelman syndrome

Assalamualaikum.

Hahaha~ Gembira selalu merupakan karakter utama pada kanak-kanak yang mengalami Angelman syndrome. Sindrom ini agak jarang berlaku, dengan nisbah 1 daripada 20,000. Angelman syndrome disebabkan mutasi yang berlaku pada genetik. Kanak-kanak ini biasanya akan menghadapi masalah dalam percakapan, mengimbangi badan, pergerakan dan suka ketawa..hahaha~ ! serius, they all memang sangat happy! ^_^

Bagaimanapun, aku kagum dengan Colin Farrell yang merupakan pelakon filem S.W.A.T dan Phone Booth yang bersikap terbuka tentang anaknya James yang mengalami Angelman syndrome ini. ^_^

                                   He made me a better man- Colin Farrell

Marah tak bertempat

Assalamualaikum.

Memandangkan hari ni hari jumaat, hari yang penuh dengan keberkatan aku ingin berkongsi sedikit bingkisan daripada rancangan al-hidayah. Topik yang dibincangkan pada hari ini ialah mengenai solat. Isu solat ini memang dah lapuk tapi bagi aku ia masih lagi perlu dibincangkan dan ditekankan kerana masih ramai lagi umat-umat Islam di luar sana yang mengambil mudah tentang solat mereka. 

Segelintir ibu-bapa diluar sana selalu memarahi anak-anak mereka kerana tidak menyiapkan kerja sekolah atau tidak mendapat keputusan yang bagus di dalam peperiksaan tetapi tidak pula memarahi anak-anak mereka kerana tidak menunaikan solat. Sedangkan solat itu wajib bagi umat-umat Islam. 

Kadang-kadang ibu bapa mereka sahaja yang rajin bersolat, tetapi tidak anaknya.. Alangkah sayangnya kerana mereka(ibu-bapa) hanya menjaga diri mereka sahaja tetapi tidak memelihara keluarga yang mereka bina dengan menjaga keutuhan agama mereka secara menyeluruh dengan memastikan anak-anak mereka juga menunaikan solat.


Oleh itu, janganlah kita hanya memarahi tetapi tidak kena pada tempatnya..
Ayuhlah, kita didik anak-anak kecil sedari umur 7 tahun untuk menunaikan solat untuk menjaga sahsiah diri yang baik kelak ^_^


Wednesday, 16 May 2012

The Genius

Assalamualaikum.

Pernah tak korang mempunyai rakan yang mengalami masalah dalam menulis, membaca dan mengira ketika di bangku sekolah? Selalunya masyarakat suka melabelkan kanak-kanak begini sebagai seorang yang bodoh. Ini membuatkan ibu bapa kadang berasa malu dengan keadaan anak mereka yang mengalami masalah sedemikian dan seterusnya tidak mahu menghantar anak mereka bagi mendapat pendidikan yang sewajarnya. 

Kanak-kanak yang mempunyai masalah membaca, menulis dan mengira ni dipanggil sebagai `Disleksia'... mengikut pelbagai sumber, orang disleksia ini merupakan seorang yg kreatif dan berimaginasi tinggi..corak pemikiran mereka juga adalah berbeza dengan kanak-kanak yang lain..



Kalau tengok rumah kotak tu, biasanya dilukis oleh kanak-kanak biasa manakala rumah yang segitiga tu rumah yang dilukis oleh kanak-kanak disleksia.. ^_^

Mereka susah untuk  menerima pembelajaran yang biasa diajar di sekolah seperti kanak-kanak lain kerana mereka belajar berasaskan logik. Oleh itu pembelajaran dengan kaedah 'multisensory' digunakan untuk mengajar kanak-kanak disleksia ini. 

Contohnya,
A bunyinya aaaa...     E bunyinya eeee... 
B bunyinya bhh...       F bunyinya fhh...
C bunyinya chh..        G bunyinya ghh..
D bunyinya dhh..

Huruf diajar dengan bunyi dan seterusya membina perkataan dengan menggunakan huruf-huruf tersebut.
Sebagai contoh:

B( sebutan bhh) A(sebutan aaa) J (sebutan jhh) U (sebutan uu) , kalau gabung kesemua bunyi huruf ni akan menghasilkan perkataan dan sebutan untuk BAJU... ^_^ logik kan?

Kalau kanak-kanak biasa..boleh follow cara ejaan biasa mengikut suku kata..contohnya ba-ju = baju. tanpa memikirkan kenapa sebutannya harus begitu. Tapi bagi kanak-kanak disleksia, mereka akan memikirkan dan bertanya kenapa b dan a bunyinya baa.. j dan u bunyinya juu.. 

Albert Einstein, Steve Job, Walt Disney, Orlando Bloom, Tom Cruise adalah antara orang-orang yang pernah mengalami disleksia ketika kanak-kanak.. Hebat tak mereka sekarang? ^_^

Oleh itu, kanak- kanak disleksia ini seharusnya tidak dipinggirkan, mereka harus menerima pembelajaran yang sewajarnya untuk membantu mereka agar dapat membaca, menulis dan mengira dengan lebih baik..seterusnya membina keyakinan mereka untuk terus belajar sehingga berjaya.. ^_^

Sunday, 13 May 2012

Ibu gusar tiada ucapan Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum.

Petang tadi singgah Mc Donald dan kelihatan ramai keluarga yang menyambut Hari Ibu..disambut ala-ala party gitu..hehe. Tapi, bagaimana jika Hari Ibu ni tak disambut? Maksudnya tiada kata-kata ucapan Hari Ibu kepada ibu-ibu pada tanggal 13 May ini? Adakah mereka(ibu-ibu) akan berkecil hati? gusar? 

Inilah masalahnya.. kadang-kadang aku rasa pengaruh media kat televisyen tu pun sudah cukup memadai untuk membuatkn si ibu rasa tidak diingati dan dihargai apabila ada diantara anak-anak mereka yang tidak mengucapkan 'Selamat Hari Ibu'..sedangkan bagi aku, tiap-tiap hari merupakan Hari Ibu..tidak perlulah menyambut pada waktu yang tertentu...*betul tak ibu? ^_^

Maka dengan itu, sentiasalah menyambut hari ibu pada setiap hari...^_^ Ibu-ibu pun pasti merasa gembira selalu..*tak caye? cuba buat! ^_^