Memandangkan hari ni hari jumaat, hari yang penuh dengan keberkatan aku ingin berkongsi sedikit bingkisan daripada rancangan al-hidayah. Topik yang dibincangkan pada hari ini ialah mengenai solat. Isu solat ini memang dah lapuk tapi bagi aku ia masih lagi perlu dibincangkan dan ditekankan kerana masih ramai lagi umat-umat Islam di luar sana yang mengambil mudah tentang solat mereka.
Segelintir ibu-bapa diluar sana selalu memarahi anak-anak mereka kerana tidak menyiapkan kerja sekolah atau tidak mendapat keputusan yang bagus di dalam peperiksaan tetapi tidak pula memarahi anak-anak mereka kerana tidak menunaikan solat. Sedangkan solat itu wajib bagi umat-umat Islam.
Kadang-kadang ibu bapa mereka sahaja yang rajin bersolat, tetapi tidak anaknya.. Alangkah sayangnya kerana mereka(ibu-bapa) hanya menjaga diri mereka sahaja tetapi tidak memelihara keluarga yang mereka bina dengan menjaga keutuhan agama mereka secara menyeluruh dengan memastikan anak-anak mereka juga menunaikan solat.
Oleh itu, janganlah kita hanya memarahi tetapi tidak kena pada tempatnya..
Ayuhlah, kita didik anak-anak kecil sedari umur 7 tahun untuk menunaikan solat untuk menjaga sahsiah diri yang baik kelak ^_^
1 comment:
betul... sekarang ni anak sulung dah 5 tahun... ajar juga sikit2 tentang solat... supaya x susah sangat nak ngajar bila dia dah berumur 7 thn...
Post a Comment