Sunday, 15 July 2012

Break Time

Assalamualaikum. 

 Setelah sekian lama tak update blog. Akhirnya berjaya juga meringankan jari jemari ni untuk menulis.Hehe! Entri kali ini, tiada topik atau ilmu yang ingin dikongsikan, tetapi sebagai notis pemberitahuan.Notis? Haha! 

Bukan apa pun, just nak beritahu bahawa riswin zahari blogspot akan berehat untuk seketika atas sebab untuk melaksanakan tanggungjawab.. hehe! ^_^ kalau ada kesempatan,aku akan cuba untuk meng-update entri untk berkongsi ilmu.


Thursday, 5 July 2012

Awak tanya saya, manalah saya tau.

Assalamualaikum.

Malam Jumaat.
Jaja: Awak, malam ni jangan lupa baca surah yassin tau =)
Hana: Memang kena baca surah yassin tiap-tiap malam jumaat ke?
Jaja: Mestilah.lebih baik.
Hana: Wajib ke?
Jaja: Tak la wajib, sunat je..
Hana: Yeke?
Jaja: Eh, awak tanya saya banyak-banyak pulak.Manalah saya tahu.hehe! =D
Hana: Hehe! =)

Pernah tak korang mengalami situasi yang sama? Aku baru je mengalami situasi macam tu sebentar tadi, tu yang terus update tu.hehe! Tanpa melengahkan masa, aku terus tanya babah. "Bah, nape eh kita sunat baca surah yasin malam jumaat?" Babah pun start berfikir.keke. Tak lama lepas tu dia jawab. " Sebab malam jumaat kan malam dimana ahli-ahli kubur akan menerima nikmat-nikmat seperti bacaan doa, bacaan ayat-ayat suci al-quran, amalan sedekah daripada waris-waris si mati yang masih hidup". Haa..bukan tu je, babah sambung lagi..haa da start dah dia..hehe! 

                                                        
Babah menyambung lagi, " Pada Malam jumaat, malaikat akan membawa dulang yang berisi doa-doa dan amalan sedekah daripada waris si mati yang masih hidup. Untuk ahli kubur yang menerimanya, mereka akan menerima dengan wajah yang gembira dan bercahaya, bagi yang tidak dapat wajah mereka akan menjadi sayu dan sedih kerana tidak mendapat apa-apa.." 

Ini apa yang babah beritahu, dia cakap dia dapat info ni masa kuliah hari jumaat. If korang ada info yang berbeza atau ingin menambah info dialu-alukan untuk berkongsi, dan sekiranya terdapat salah silap dalam entri ni, dialu-alukan juga untuk perbetulkan.. ^_^

Wednesday, 4 July 2012

Kanak-kanak sekarang..

Assalamualaikum.

Sambungan untuk title di atas, kanak-kanak sekarang petah berbicara..kan,kan? ^_^
Apapun, orang kata kanak-kanak kalau banyak cakap..bijak.hehe! betul ke?

Tuesday, 3 July 2012

Medical cartoon: Smoking

Assalamualaikum.


Tak tau la cartoon ni kelakar ke tak.heh! *sejujurnya tak kelakar pun =P


Monday, 2 July 2012

Logo halal Malaysia bentuk bulat

Assalamualaikum.

Apabila cakap pasal logo halal kat Malaysia ni, aku confirm korang akan terbayang logo yang bentuk bulat kan? Haa, memang korang tau bulat. Tapi aku pasti sesetengah daripada korang akan terkeliru dengan logo yang lama dan logo yang baru  ni, yang juga telah diiktirafkan sah oleh JAKIM. Bukan apa, bagi aku, kalau nak ingat logo yang diiktiraf sah ni agak mengelirukan, sebab bentuk logo tu dengan yang lama tidak jauh bezanya, cuma corak dan tulisan je yang berbeza.Tambahan lagi logo tu kecil, bukannya besar mana pun kan. Itu untuk aku yang muda*perasan muda.hehe* tapi macam mana dengan pengguna yang dah meningkat usianya? Tak ke pening nak recall balik logo yang betul.hehe! 

                                  Logo tidak sah                                 


 Logo tidak sah



 Logo terbaru dan sah


Bagi pendapat aku, kalau nak memudahkan pembeli atau pengguna, aku rasa ubah bentuk terus atau buat perbezaan yang lebih ketara adalah lebih praktikal.*cakap senang je kan.hehe! Walaubagaimanapun aku ingin mengucapkan tahniah juga kepada JAKIM atas kejayaan pengeluaran logo terbaru dan sah ini. ^_^

Aku kurus tak perlu risau pasal kolesterol..

Assalamualaikum.

Cik kurus berkata, " Aku kurus..tak perlulah risau pasal kolesterol ni. Orang yang berbadan gemuk je banyak kolesterol nih". 


Asal badan kurus kolesterol rendah. Asal badan gemuk, kolesterol tinggi. Persepsi macam ni adalah tidak benar sama sekali. Kenapa aku cakap macam ni, sebab memang pernah terjadi pada kawan kepada kawan aku, Nana. Biarpun Nana berbadan kurus dan masih muda, tapi bila cek paras kolesterol dia kat hospital, keputusannya amatlah mengejutkan. Sebab paras kolesterol LDL dia agak tinggi. 

Kolesterol ada jenis yang baik dan tidak baik.
Yang baik HDL sebab ia dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan stroke.
Yang tidak baik LDL  kerana ia boleh menyebabkan kolesterol tersumbat dalam salur darah.

Pelikla pulak, sebab macam mana si Nana yang berbadan kurus tu boleh terfikir nak buat screening kolesterol sedangkan dia berbadan kurus. Haa..puncanya ialah, dia mengadu selalu sakit dada. Then disebabkan tak tahan, dia mengambil langkah untuk berjumpa doktor. Sekarang ni, dia dinasihatkan agar menjaga diet pemakanan dengan mengurangkan diet pemakanan yang tinggi lemak. * Ikut cerita Nana, dulu dia tiap-tiap hari makan McD-isyhh kayo betol! =P

Kesimpulannya, tak kira apa jenis bentuk badan pun, paras kolesterol dalam badan boleh tinggi jika tak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Tidak lupa juga, rajin-rajinlah buat 'regular check-up'.hehe ^_^