Monday, 2 July 2012

Logo halal Malaysia bentuk bulat

Assalamualaikum.

Apabila cakap pasal logo halal kat Malaysia ni, aku confirm korang akan terbayang logo yang bentuk bulat kan? Haa, memang korang tau bulat. Tapi aku pasti sesetengah daripada korang akan terkeliru dengan logo yang lama dan logo yang baru  ni, yang juga telah diiktirafkan sah oleh JAKIM. Bukan apa, bagi aku, kalau nak ingat logo yang diiktiraf sah ni agak mengelirukan, sebab bentuk logo tu dengan yang lama tidak jauh bezanya, cuma corak dan tulisan je yang berbeza.Tambahan lagi logo tu kecil, bukannya besar mana pun kan. Itu untuk aku yang muda*perasan muda.hehe* tapi macam mana dengan pengguna yang dah meningkat usianya? Tak ke pening nak recall balik logo yang betul.hehe! 

                                  Logo tidak sah                                 


 Logo tidak sah



 Logo terbaru dan sah


Bagi pendapat aku, kalau nak memudahkan pembeli atau pengguna, aku rasa ubah bentuk terus atau buat perbezaan yang lebih ketara adalah lebih praktikal.*cakap senang je kan.hehe! Walaubagaimanapun aku ingin mengucapkan tahniah juga kepada JAKIM atas kejayaan pengeluaran logo terbaru dan sah ini. ^_^

8 comments:

ary_lee said...

alaaaaaa....
asal nampak perkataan halal tu, beli je lah kottt...
macam lah check waktu nak beli tuh:P

Nazayiena said...

Klu kita x perati betul2 memang nampak sama jekan logo baru nie...

nadia farhana said...

tapi ramai yang tak check sebelum beli :)
thanks share

syafiqakarim said...

simpan logo dlm hp.sebelum beli,
check dulu ^^

Waalid5035 ™ said...

org kite main 'bedal' je...hhu hu hu...

KorN said...

eh, bukan ke yg ogo no 2 tu yg selalu di gunapakai ke?

Cintaku Tihani said...

bahaya ni, kena peka bebetul

Ruzzezanie said...

phewwww, nasib la lu gtau. gua ni nampak haa lam alif lam tu, consider halal je salunya. :'(