Wednesday, 29 August 2012

Pretend to be..

Assalamualaikum.

Scene 1.
Lecterur: Hana, do you understand?

Hana: Err.yes i understand.* the truth: not really understand.hehe!*

Lecterur: Ok..very good..


Scene 2
Fafa: Semalam besday you kan?Nah hadiah untuk you..hehe! Erm.banyak tak dapat hadiah?^_^

Hana: Heee.Banyak sangat! I pun tak sangka.You orang yang ke-10 tau. *the truth: only Fafa yang bagi hadiah*

Fafa: Wah seyess? untungla kn.. ^_^


Scene 3
Amad: Iyerr Dr. kenapa eh cari saya?

Dr.Amin: Saya nak periksa Amad kejap boleh?

Amad: Eh?kenape pulak? saya sihat aje. Dr. tu yang sakit. *the truth: Amad ada sakit mental*

Dr.Amin: Err. @_@??


Scene 4
Nana: Zul awak buat kek ni untuk saya? ^_^

Zul: Haah, khas untuk awak. Sebulan tau saya amik kursus buat kek,hehe! *the truth: Beli kat kedai kek jek.haha*

Nana: Sayang awak!Hehe! ^_^


Scene 5
Kat: Cuti ni i pergi Australia dengan family.. ^_^

Gina: Owh really? I plak g UK London..*the truth: Ulu Klang je.. *

Kat: Hah, nanti jangan lupa beli sourvenier untuk i tau..

Gina: Tengokla kalau budget i cukup..hehe! =P





Kenapa eh ? Kadang-kadang manusia suka berpura-pura? Adakah sebab mereka...

-kurang keyakinan diri?
-hidup dengan penuh masalah?
-mahu menarik perhatian orang?
-mempunyai personaliti yang kurang menarik?
-sakit mental?
-tak suka diri mereka sendiri?
-takut orang menghakimi diri mereka?
-untuk menutup kelemahan diri??

Saturday, 25 August 2012

Word of the day: Float

Assalamualaikum.

What will you think about float? A&W , pool float? or something else..

What i think about float is like, float for your life, not so much stress, and just be calm.. ^_^


One and Only

Assalamualaikum.


Would like to share this song which is so amazing and wonderful..

Sometimes forgiveness will make you a better person.. ^_^




Tuesday, 14 August 2012

Orang lambat selalu rugi~

Assalamulaikum.

Me & friend : Doctor, can we join your clinic session? *sambil buat muka cute.haha*

Doctor : It's already half way.. sorry. *with poker face*

Me & friend : Ouh, urm it's ok..tq doctor.. *muka senyum, tapi dalam hati sedih je.huhu*



Nak di pendekkan cerita, sesi klinik aku sepatutnya pukul 9.30 pagi, tapi kitorang datang lambat. Pukul 10 pagi baru sampai klinik. Haa..disebabkan tu, doktor tak bagi join 'clinic session' dengan dia, dan terpaksa la join nurse kat bilik ambil darah je..

At the end, we gain nothing todayyy~ *Padan muka, siapa suruh datang lambat.hehe*

Sunday, 5 August 2012

Stigma Sakit Mental

Assalamualaikum.

Entri kali ni, a bit simple but its important. ^_^

When some people said this..

Im not crazzyy!!


Don't call me nuts!!


Why should i see psychiatrist?! 




Faktor persekitaran dan perspektif budaya negatif terhadap pesakit gangguan mental telah menghalang mereka daripada mendapatkan bantuan yang sewajarnya. Pesakit tidak mahu dikaitkan dengan penyakit mentalnya disebabkan stigma sosial dalam masyarakat. Oleh itu, stigma masyarakat terhadap pesakit mental perlu dihapuskan bagi menggalakkan mereka menemui pakar untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.






So please try to.. ^_^






Bolt or Gay?

Assalamualaikum.

Olimpik yeah! untuk team Malaysia. Hopefully they can do the best in the games.*especially for free Baskin Robin Ice Cream.haha* Antara banyak-banyak games, aku tertarik dengan perlawanan men sprinter for 100 meter, sebab perlawanan ini agak sengit dengan adanya semangat untuk memecah rekod dunia yang pernah dilakukan oleh Usain Bolt dengan catatan masa 9.58sec semasa di Berlin, Germany. 

Tyson Gay, daripada US merupakan pesaing hebat untuk Bolt yang juga menyimpan hasrat untuk memecahkan rekod Bolt iaitu 9.58sec. Mampukah Gay? Apapun ia merupakan satu persaingan yang sihat dalam arena sukan..kan,kan?hehe! 

Rekod dicipta, untuk dipecahkan. Betul tak? ^_^

Tyson Gay(sedikit rendah.hehe!) dan Usain Bolt ( tak sempat senyum.huhu!)


Friday, 3 August 2012

Perokok tegar sila take note!

Assalamualaikum.

Entri kali ni, aku buat khas untuk perokok-perokok tegar di luar sana. Aku bukan nak buat-buat cerita ngeri, tapi sebagai peringatan sahaja sebelum terlambat. Sebelum tu, sila baca komen kat bawah ni.

I was experiencing lower back pain for a couple of years, and went to have an MRI to look at my back. To my surprise, it was discovered that I have at least a 5 cm abdominal aortic aneurysm, as all of it was not visible in the MRI. I was thinking the pain was caused because of a bad back. I'm 64, have never had heart problems, but have had high cholesterol, now on Crestor for that, and it's working well. I have been a smoker all of my life, and at this point, I still am, but going for laser treatment very soon. My point is, we do not take enough care of our body's, and need to pay more attention to what it is telling us. I am hoping for my sake everything turns out well.
Source: www.medicinet.com

Any idea? Macam mana dengan abdominal aortic aneurysm(AAA)? Pernah dengar tak? Ok, kat bawah ni ada sikit penjelasan. AAA merupakan sejenis penyakit dimana salur darah aorta mengembang disebabkan cholesterol yang berkumpul di dalam salur darah tersebut. Aorta merupaka salur darah besar yang membawa darah daripada jantung ke seluruh badan. 

Risiko untuk mendapat AAA ialah:
  • peningkatan umur ; lebih 60 tahun. 
  • MEROKOK 
  • darah tinggi
  • obesiti
  • lelaki *perempuan pun ada risiko*




Sebahagian saluran aorta yang pecah dan boleh menyebabkan pendarahan yang teruk berlaku dan boleh menyebabkan kematian.


Rawatan yang dapat diberikan kepada pesakit AAA ialah, dengan meletakkan 'stent' untuk aliran baru atau pun buat 'open surgery' untuk mengeluarkan darah yang beku. *darah beku disebabkan oleh luka yang berlaku akibat daripada salur darah yang mengembang*

Ini adalah sedikit sebanyak mengenai AAA, nak citer panjang-panjang takut confuse plak,huhu. Untuk sesiapa yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah yang sama boleh la berkongsi cerita yea, agar dapat dijadikan sebagai iktibar. ^_^

Wednesday, 1 August 2012

Senyuman manis tak mengapa, jangan darah manis

Assalamualaikum.

Ehem,hehe.kembali menulis blog! ^_^ Selamat menyambut bulan ramadhan bagi umat Islam semua, harap belum terlambat walaupun sudah 12 hari kita berpuasa. Alhamdulillah kita semua masih lagi diberi peluang untuk menyambut bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan.

Topik kali ni, aku nak share skit lah pasal 'kemanisan'. Haha, manis yang aku maksudkan ni bukanlah darah anak dara yea. Ha, agak-agak paham tak? Ok-ok, straight to the point lah. Minggu lepas aku buat ward work dengan kawan-kawan aku, nak cari la mana-mana patient yang available untuk kitorang clerk. Sampai bed no. 23, terlantar la sorang akak ni, *sebab umur dia baru 41 tahun.hehe* mengiring ke kanan. Awalnya kitorang ingat memang style santai dia baring-baring..tapi malangnya tidak. Hampir 5 minit clerk akak tu, barulah tahu yang rupanya dia ada luka yang agak besar dan dalam dibahagian punggung * memang ssscary la bila tengok*.


Selesai clerk, barulah kitorang tahu yang rupanya akak ni ada bisul. Tapi bisul ni jadi makin teruk, sebab dia ada penyakit kencing manis atau diabetes rupanya. Bayangkan, akak tu cakap awalnya bisul dia besar biji kacang hijau je, tapi dah merebak menjadi besar separuh daripada punggung dia. Waktu tu, nurse pun ada gak sebab diorang nak cuci luka akak tu. Reaksi akak tu macam tak sakit sangat, tapi aku tengok macam sakit giler je. Bayangkan cuci luka tu dengan kapas dan air saline.Fuhh!pedih tu. 

Walaubagaimanapun, bagi pengidap kencing manis rasa sakit memang akan berkurang. Kalau ada luka sikit memang tak terasa langsung. Dah teruk barulah diorang akan rasa sakit sikit..Ini disebabkan 'peripheral neuropahthy' dimana saraf mengembang dan menyebabkan 'pain sensation' semakin berkurang.. Selain tu, memang bahaya kalau orang yang ada kencig manis ni mendapat luka, sebab luka tu akan lambat sembuh disebabkan darah yang terlalu tinggi kandungan gulanya..

Kesimpulannya, kekalkan senyuman manis, kurangkan manis di dalam darah.. ^_^
*Jangan makan makanan manis yang melampau selalu tau*