Wednesday, 1 August 2012

Senyuman manis tak mengapa, jangan darah manis

Assalamualaikum.

Ehem,hehe.kembali menulis blog! ^_^ Selamat menyambut bulan ramadhan bagi umat Islam semua, harap belum terlambat walaupun sudah 12 hari kita berpuasa. Alhamdulillah kita semua masih lagi diberi peluang untuk menyambut bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan.

Topik kali ni, aku nak share skit lah pasal 'kemanisan'. Haha, manis yang aku maksudkan ni bukanlah darah anak dara yea. Ha, agak-agak paham tak? Ok-ok, straight to the point lah. Minggu lepas aku buat ward work dengan kawan-kawan aku, nak cari la mana-mana patient yang available untuk kitorang clerk. Sampai bed no. 23, terlantar la sorang akak ni, *sebab umur dia baru 41 tahun.hehe* mengiring ke kanan. Awalnya kitorang ingat memang style santai dia baring-baring..tapi malangnya tidak. Hampir 5 minit clerk akak tu, barulah tahu yang rupanya dia ada luka yang agak besar dan dalam dibahagian punggung * memang ssscary la bila tengok*.


Selesai clerk, barulah kitorang tahu yang rupanya akak ni ada bisul. Tapi bisul ni jadi makin teruk, sebab dia ada penyakit kencing manis atau diabetes rupanya. Bayangkan, akak tu cakap awalnya bisul dia besar biji kacang hijau je, tapi dah merebak menjadi besar separuh daripada punggung dia. Waktu tu, nurse pun ada gak sebab diorang nak cuci luka akak tu. Reaksi akak tu macam tak sakit sangat, tapi aku tengok macam sakit giler je. Bayangkan cuci luka tu dengan kapas dan air saline.Fuhh!pedih tu. 

Walaubagaimanapun, bagi pengidap kencing manis rasa sakit memang akan berkurang. Kalau ada luka sikit memang tak terasa langsung. Dah teruk barulah diorang akan rasa sakit sikit..Ini disebabkan 'peripheral neuropahthy' dimana saraf mengembang dan menyebabkan 'pain sensation' semakin berkurang.. Selain tu, memang bahaya kalau orang yang ada kencig manis ni mendapat luka, sebab luka tu akan lambat sembuh disebabkan darah yang terlalu tinggi kandungan gulanya..

Kesimpulannya, kekalkan senyuman manis, kurangkan manis di dalam darah.. ^_^
*Jangan makan makanan manis yang melampau selalu tau*


4 comments:

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

Abah YM penghidapm kencing manis dan dalam masa yang sama, buah pinggang dah tak function. every 2-3days kene buat dialisis. After 4 yrs, he left us.:( Mmg betul, kesihatan kita kene jaga baik2...

syafiqakarim said...

betul.kencing manis ni tak boleh main-main.
so far sekrang gua pun mmg dah sgt amat jarang
nak hadap kemanisan.
maniskan senyuman maniskan iman ^^


*tiba tiba
p/s : puasa tak? ;p

aquagugurl said...

sebelum ni saya pun suka buat air manis2,tau..ada sekali tu, mak tegur saya buat air manis,baru le saya tau..yelah selama ni,sendiri buat sendiri minum,rasa biasa je.husband pun tak de tegur terlebih manis ke?sejak2 kena tegur tu,baru le cuba2 kurangkan manis dalam minuman,lebihkan manis dalam senyuman :D

-meeSUPERGIRL- said...

bahaya jugak. Asal kecik je then merebak gara2 kncing manis. Means ap2 luka pn akn merebak lah kalau kta ad kencing manis? Betul2 sssscary ..