Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Thursday, 14 June 2012

Seafood dan Roti Rye

Assalamualaikum.

Untuk entri malam ni aku decide nak share satu resepi yang unik, berasal daripada negara Denmark. Masa google mencari mengenai Danish (bangsa Denmark) cuisine, aku terbaca yang Denmark ni merupakan negara yang paling gembira. Kenapa? Aku pun tak pasti. Mungkin pengurusan negara Denmark ni dijalankan dengan baik sekali kot, so rakyat mereka pun hidup dalam keadaan yang harmoni dan bahagia.hehe! 

Resepi yang aku nak share ni agak unik, sebab ia gabungan roti dan seafood. Hidangan ni dijadikan sebagai makanan untuk breakfast. Cuba imagine, makan roti dan seafood, Wuuaahhh~ Tak tahu lah apa rasanya kan..


Roti yang digunakan ialah roti rye. Roti ni bagi yang dah rasa mereka cakap sedap, padat, lembut, crunchy di bahagian tepi dan berwarna agak gelap. Untuk seafood tu plak, mereka guna ikan salmon atau udang. Haa..lepas tu, mereka gaulkan udang/ salmon tu dengan cheese, butter, mayonis, pepper dan garam. Selepas tu dibiarkan sejuk dalam peti ais lebih kurang 15 minit. Step yang terakhir ialah, letakkan udang/salmon tadi atas roti rye, bersama-sama dengan lemon. Dah sedia untuk dimakan..hahah!

Memang susah nak dibayangkan apa rasanya untuk kombinasi yang macam ni ^_^


Wednesday, 13 June 2012

Cheezey Wedges yang macam aku nak...

Assalamualaikum.

Suatu masa dahulu di KFC.

Customer : Dik, bagi akak Snack Plate 1 , air tukar milo ais k.

Cashier : Ok,akak nak tambah apa-apa lagi tak?Cheezey Wedges ke, Snack Box ke~

Customer : Erm..Cheezey Wedges lah. 1 k.

Cashier : Ok, itu sahaja ye. Saya nak confirmkan balik ye, 1 Snack Plate, bla~ bla~

Customer : Yup ^_^


Hi pembaca semua, kali ni entri tak berunsurkan fakta tapi pengalaman yang pernah dilalui ketika bekerja sebagai seorang staff cashier di KFC...Dulu sebelum kerja, nampak macam best, tapi dah kerja..makkkk aaaiihhh~ penat wooo~ haha! Apa pun, best je, seronok sebab dapat ramai kawan...tapi yang tak best bila exhausteddd~ penat yg melampauuu..huhu..

Ok la straight to the point, dah baca dialog kat atas kan. So lepas je ambil order aku pun terus siapkan semua  order yang diminta oleh customer tu. Sampai je order yang last, iaitu Cheezey Wedges, aku kena tegur dengan staff KFC yang kerja di bahagian cook's department.

" Banyaknya letak wedges, just letak 7 atau 6 lah! Cheezzz tu pun janganlah letak banyak sangat.." 

Aku pun macam...erkkk! haha. Yelah da lah pekerja baru masa tuh..mana tak cuak bila kena tegur dengan staff yang nampak macam garang dan saiz badan 2 kali ganda besar dari aku..hehe.

Dalam hati aku kata:  

Kalau aku jadi customer, mestilah aku nak wedges ni lebih sikit dari 7, sebab tak semua wedges tu besar-besar... some of them ada yang kecik so aku decide nak letak lebih sikit dari 7 tuhhh..

Pastu cheezz tuh. Kalau aku sebagai customer, mestilah aku nak cheezz tu lebih sikit baru sedap nak makan kan... haaa..bayar pun da mahal..apa salahnya kan... 

End of the story, aku buat je cheezey wedges yang macam aku nak...hahah! 

Moral of the story, kepuasan customer harus di utamakan... ^_^



Monday, 30 April 2012

Bakar-bakar trend masa kini..

Assalamualaikum.

Hi. Sekali lagi, aku mempunyai semangat yang agak tinggi untuk menulis.hehe! Kali ini aku ingin menyentuh mengenai trend masa kini iaitu makan ayam atau daging bakar..hurm..sedap memang sedap..tetapi ianya tidak begitu sihat untuk dimakan dengan KERAP..sekali lagi aku ulang..dengan KERAP...^_^

Aku berharap agar kurangkan lah makan makanan yang bakar-bakar ni. Bukan tak boleh makan langsung...tapi kalau boleh kurang-kurangkan lah.. ^_^. Antara contoh lain seperti barbeque, dan satay



Bagi yang tidak tahu, makanan yang dibakar ni biasanya akan ada bahan 'carcinogen'... Haa, bahan ini lah yang merbahaya sebab ia boleh memberi risiko yang tinggi untuk mendapat kanser.. HOW?

Melalui beberapa langkah( proses ini mengambil masa yang agak lama.*bergantung dengan setiap orang*) :
  1. Bahan carcinogen (warna hitam yang ada pada makanan )
  2. Perubahan DNA  dalam sel melalui 'multi-step' 
  3. Penghasilan sel 'kanser' berlaku 
  4. KANSER 

Ia agak merisaukan sebab trend ni dah semakin digemari ramai..sedangkan mereka tidak sedar ia akan membawa padah di kemudian hari... 'mencegah lebih baik daripada mengubati'.. ^_^