Monday, 25 June 2012

Lelaki menopaus??

Assalamualaikum.

Menopaus memang biasa dikaitkan dengan wanita. Tapi bagaimana pula dengan lelaki? Adakah mereka juga mengalami menopaus seperti wanita? Dari segi perubatan, lelaki mengalami menopaus yang kurang jelas, kerana paras hormon testosteron hanya berkurangan dengan peningkatan umur, manakala bagi wanita, menopaus mereka lebih jelas kerana penghasilan hormon estrogen akan terus berhenti dan menyebabkan kitaran haid mereka turut berhenti.



Antara kesan yang akan di alami bagi lelaki yang mengalami penurunan hormon testosteron adalah seperti cepat letih, lemah, kemurungan, dan mengalami masalah seksual. Walaubagaimanapun, isu ini masih menjadi kontroversi kerana, ramai sahaja lelaki yang meningkat umurnya tetapi mempunyai tenaga yang masih kuat.haha! Apapun, penurunan hormon ini juga kadang boleh dipengaruhi dengan adanya penyakit seperti kencing manis..kalau lelaki yang sihat tubuh badannya, mengamalkan pemakanan yang sihat..sampai umur 80 tahun ke atas pun masih mampu menghasilkan hormon testosteron. ^_^ 

Kenapa perlu hormon testosteron sampai tua? HAHA. Ini sebabnya, kerana testosteron dapat mengurangkan kadar mendapat sakit jantung kerana ia dapat mengawal paras lemak dan kolesterol dalam badan, ha! bukan hanya untuk mendapatkan zuriat saja yea.hehe!


9 comments:

Umialya said...

lelaki kita panggil andropause

Unknown said...

ooo..ade jgk..baru tahu..hehe

aReLaN said...

oooo...tak tau lak.ingatkan laki ni memang tak pause2 dah.hehehe

Mawardi yunus said...

uih ada gak ker

LiLy @ MaMaQiStInA said...

owh..lelaki pun ada jugak ye.. :)

cci said...

ade gak ek... hahaha.. bagus2.. br adil kan.. muehhe

Myra Jay said...

Lalaki pause2 ni masa tua kot, tp brgantung pada tahap kesihatan jugak kan..

Ety said...

hehe. ingtkan perempuan je ada pause2. hehehe

yg penting, jaga kesihatan, jaga pemakanan. amalkan gaya hidup sihat. kalau pause tu dtg menjengah pun, kita masih juga bertenaga dan sihat walafiat :D

aizamia3 said...

lelaki MEN NO PAUSE.. ;)