Wednesday, 27 June 2012

Pereka fesyen dikuasai XY

Assalamualaikum.

Sejak dahulu lagi dunia fesyen seringkali dimonopoli oleh golongan 'XY' iaitu lelaki. Tidak kisahla samaada lelaki itu lembut ataupun lelaki sejati.hehe. Mereka ini bukan setakat berada di tahap amatur sahaja, bahkan lebih berjaya menjulang nama mereka sebagai pereka fesyen yang profesional dan rekaan mereka sentiasa menjadi pilihan orang ramai berbanding dengan wanita. 

Di dalam AModMag.Com, terdapat senarai pereka fesyen Top 10 yang terbaik. Mereka adalah:

10. Marc Jacobs
 9. Betsey Johnson
 8. Kate Spade
 7. Tom Ford
 6. Ralph Lauren
 5. Coco Chanel
 4. Giorgio Armani
 3. Valentino Gavarani
 2. Donatella Versace
 1. Calvin Klein

Dalam senarai tersebut, terdapat 6 lelaki dan selebihnya wanita yang merupakan pereka fesyen terkenal di dunia, dimana pelbagai rekaan mereka mempunyai kekuatan masing-masing. Bahkan di Malaysia juga terdapat banyak pereka fesyen daripada golongan 'XY' yang lebih dikenali dan seringkali menjadi pilihan orang ramai. Contohnya Bernard Chandran, Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini, dan Khairi Sufi. 


Persoalannya, adakah golongan 'XY' ini lebih kreatif berbanding 'XX'?

Pernah aku bertanya kepada salah seorang rakan aku,seorang lelaki dan jawapan yang dia berikan adalah, golongan 'XX' ini cenderung untuk cemburu diantara satu sama lain, maka kebarangkalian mereka untuk berjaya dalam industri fesyen ini agak kurang. Hurm.. Ok, tak kisahla. Setiap orang ada pandangan masing-masingkan. Mungkin ya, mungkin tidak ^_^ 

12 comments:

ary_lee said...

macam muka zarith je tu..
gulp!
HahahahaXD

iEdA said...

aah..betol 2..skrg ni bole dikatakan golongan llki yg monopoli bkn jer bab fesyen tp masak2 pon dowg gk...

aReLaN said...

agak ramai la laki2 di situ.tapi kalau dah nama laki2 dalam industri fesyen, susah nak nampak laki2 keras.ramai yg dalam fesyen sedikit lembut.hmmmm

Liyaa Mf said...

Even fesyen ni lebih cenderung dikaitkan dengan pompuan, tapi banyak laki lak yg mereka fesyen kan? Biasa mmg camtu r. Bidang masak2 pun laki yg byk jadik chef hebat2. Kan?

Terbukti, ramai lelaki yg kreatif malahan lebih kreatif drpd pompuan bila dorang dah kreatif. Haha! :P

syafiqakarim said...

kebanyakkan yg wa tgk mcm tu beb
lelaki no more to arts kot.
pelukis. pemuzik. penari. designer.
penyair.blablabla....

*wa rindu lu

izan mama mia said...

yer lah....lelaki menopoli rekaan fesyen...pompuan pulak jadi mangsa fesyen!!

Ety said...

betul-betul. mmg boleh nampak mostly perek fesyen yg meletup , dimonopoli oleh lelaki. aku pun tak pasti kenapa tapi sejujurnya rekaan mereka mmg tip top.

Syakir Rahman said...

bagi aku mayb tuhan tuh jadikan lelaki kreatif sbb mmg tugas lelaki utk bekerja... walau dlm apa jenis bdang pon... pompuan bukan x kreatif sbrnya...ramai gak pompuan yg kreatif... cuma mungkin platform utk diorg kembangkn idea tuh agak terhad...

CikMai said...

untunglerr diorang ade bakat..ehhh tetibe.ahaha...

Wanieys said...

lelaki sekarang memonopoli industri fesyen....apa salahnya kan huhu

aizamia3 said...

wanita kurang menonjol.. sebab tu tak ramai dari wanita yang terkenal dalam industri fesyen..

Ruzzezanie said...

apa gua nk komen sini ea? gua setuju dgn ulasan lu tu. tapi nk ulas pnjg, tetibe gua blur. ahh, gua benci kalo otak tetibe mendap ceni. -.-'

pmpn lebih suka ke arah kecantikan untuk memperagakan kot. lebih suka disediakan dr menyediakan. gamaknya la. :)