Monday 2 July 2012

Aku kurus tak perlu risau pasal kolesterol..

Assalamualaikum.

Cik kurus berkata, " Aku kurus..tak perlulah risau pasal kolesterol ni. Orang yang berbadan gemuk je banyak kolesterol nih". 


Asal badan kurus kolesterol rendah. Asal badan gemuk, kolesterol tinggi. Persepsi macam ni adalah tidak benar sama sekali. Kenapa aku cakap macam ni, sebab memang pernah terjadi pada kawan kepada kawan aku, Nana. Biarpun Nana berbadan kurus dan masih muda, tapi bila cek paras kolesterol dia kat hospital, keputusannya amatlah mengejutkan. Sebab paras kolesterol LDL dia agak tinggi. 

Kolesterol ada jenis yang baik dan tidak baik.
Yang baik HDL sebab ia dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan stroke.
Yang tidak baik LDL  kerana ia boleh menyebabkan kolesterol tersumbat dalam salur darah.

Pelikla pulak, sebab macam mana si Nana yang berbadan kurus tu boleh terfikir nak buat screening kolesterol sedangkan dia berbadan kurus. Haa..puncanya ialah, dia mengadu selalu sakit dada. Then disebabkan tak tahan, dia mengambil langkah untuk berjumpa doktor. Sekarang ni, dia dinasihatkan agar menjaga diet pemakanan dengan mengurangkan diet pemakanan yang tinggi lemak. * Ikut cerita Nana, dulu dia tiap-tiap hari makan McD-isyhh kayo betol! =P

Kesimpulannya, tak kira apa jenis bentuk badan pun, paras kolesterol dalam badan boleh tinggi jika tak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Tidak lupa juga, rajin-rajinlah buat 'regular check-up'.hehe ^_^


3 comments:

ary_lee said...

weyh! Terasalah ngek!

syafiqa said...

setuju ^^
badan yg kurus+ramping tidak
semestinya sihat dan selamat

elakkan makan seafood utk kurang kan
lg tahap kolestrol.mihmih

tupperware_merah said...

angkat tgn. * tetibe.

gua salu g medical check up ni weyy, salu sgt.rutin bulanan. tapi cek penyakit lain la. sobsobsobsss -.-

* gua setuju. kurus tak bermakna sihat dan gemuk tak bermakna sakit. :)