Wednesday, 27 June 2012

Pereka fesyen dikuasai XY

Assalamualaikum.

Sejak dahulu lagi dunia fesyen seringkali dimonopoli oleh golongan 'XY' iaitu lelaki. Tidak kisahla samaada lelaki itu lembut ataupun lelaki sejati.hehe. Mereka ini bukan setakat berada di tahap amatur sahaja, bahkan lebih berjaya menjulang nama mereka sebagai pereka fesyen yang profesional dan rekaan mereka sentiasa menjadi pilihan orang ramai berbanding dengan wanita. 

Di dalam AModMag.Com, terdapat senarai pereka fesyen Top 10 yang terbaik. Mereka adalah:

10. Marc Jacobs
 9. Betsey Johnson
 8. Kate Spade
 7. Tom Ford
 6. Ralph Lauren
 5. Coco Chanel
 4. Giorgio Armani
 3. Valentino Gavarani
 2. Donatella Versace
 1. Calvin Klein

Dalam senarai tersebut, terdapat 6 lelaki dan selebihnya wanita yang merupakan pereka fesyen terkenal di dunia, dimana pelbagai rekaan mereka mempunyai kekuatan masing-masing. Bahkan di Malaysia juga terdapat banyak pereka fesyen daripada golongan 'XY' yang lebih dikenali dan seringkali menjadi pilihan orang ramai. Contohnya Bernard Chandran, Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini, dan Khairi Sufi. 


Persoalannya, adakah golongan 'XY' ini lebih kreatif berbanding 'XX'?

Pernah aku bertanya kepada salah seorang rakan aku,seorang lelaki dan jawapan yang dia berikan adalah, golongan 'XX' ini cenderung untuk cemburu diantara satu sama lain, maka kebarangkalian mereka untuk berjaya dalam industri fesyen ini agak kurang. Hurm.. Ok, tak kisahla. Setiap orang ada pandangan masing-masingkan. Mungkin ya, mungkin tidak ^_^ 

Monday, 25 June 2012

Lelaki menopaus??

Assalamualaikum.

Menopaus memang biasa dikaitkan dengan wanita. Tapi bagaimana pula dengan lelaki? Adakah mereka juga mengalami menopaus seperti wanita? Dari segi perubatan, lelaki mengalami menopaus yang kurang jelas, kerana paras hormon testosteron hanya berkurangan dengan peningkatan umur, manakala bagi wanita, menopaus mereka lebih jelas kerana penghasilan hormon estrogen akan terus berhenti dan menyebabkan kitaran haid mereka turut berhenti.



Antara kesan yang akan di alami bagi lelaki yang mengalami penurunan hormon testosteron adalah seperti cepat letih, lemah, kemurungan, dan mengalami masalah seksual. Walaubagaimanapun, isu ini masih menjadi kontroversi kerana, ramai sahaja lelaki yang meningkat umurnya tetapi mempunyai tenaga yang masih kuat.haha! Apapun, penurunan hormon ini juga kadang boleh dipengaruhi dengan adanya penyakit seperti kencing manis..kalau lelaki yang sihat tubuh badannya, mengamalkan pemakanan yang sihat..sampai umur 80 tahun ke atas pun masih mampu menghasilkan hormon testosteron. ^_^ 

Kenapa perlu hormon testosteron sampai tua? HAHA. Ini sebabnya, kerana testosteron dapat mengurangkan kadar mendapat sakit jantung kerana ia dapat mengawal paras lemak dan kolesterol dalam badan, ha! bukan hanya untuk mendapatkan zuriat saja yea.hehe!


Thursday, 14 June 2012

Seafood dan Roti Rye

Assalamualaikum.

Untuk entri malam ni aku decide nak share satu resepi yang unik, berasal daripada negara Denmark. Masa google mencari mengenai Danish (bangsa Denmark) cuisine, aku terbaca yang Denmark ni merupakan negara yang paling gembira. Kenapa? Aku pun tak pasti. Mungkin pengurusan negara Denmark ni dijalankan dengan baik sekali kot, so rakyat mereka pun hidup dalam keadaan yang harmoni dan bahagia.hehe! 

Resepi yang aku nak share ni agak unik, sebab ia gabungan roti dan seafood. Hidangan ni dijadikan sebagai makanan untuk breakfast. Cuba imagine, makan roti dan seafood, Wuuaahhh~ Tak tahu lah apa rasanya kan..


Roti yang digunakan ialah roti rye. Roti ni bagi yang dah rasa mereka cakap sedap, padat, lembut, crunchy di bahagian tepi dan berwarna agak gelap. Untuk seafood tu plak, mereka guna ikan salmon atau udang. Haa..lepas tu, mereka gaulkan udang/ salmon tu dengan cheese, butter, mayonis, pepper dan garam. Selepas tu dibiarkan sejuk dalam peti ais lebih kurang 15 minit. Step yang terakhir ialah, letakkan udang/salmon tadi atas roti rye, bersama-sama dengan lemon. Dah sedia untuk dimakan..hahah!

Memang susah nak dibayangkan apa rasanya untuk kombinasi yang macam ni ^_^


Wednesday, 13 June 2012

Cheezey Wedges yang macam aku nak...

Assalamualaikum.

Suatu masa dahulu di KFC.

Customer : Dik, bagi akak Snack Plate 1 , air tukar milo ais k.

Cashier : Ok,akak nak tambah apa-apa lagi tak?Cheezey Wedges ke, Snack Box ke~

Customer : Erm..Cheezey Wedges lah. 1 k.

Cashier : Ok, itu sahaja ye. Saya nak confirmkan balik ye, 1 Snack Plate, bla~ bla~

Customer : Yup ^_^


Hi pembaca semua, kali ni entri tak berunsurkan fakta tapi pengalaman yang pernah dilalui ketika bekerja sebagai seorang staff cashier di KFC...Dulu sebelum kerja, nampak macam best, tapi dah kerja..makkkk aaaiihhh~ penat wooo~ haha! Apa pun, best je, seronok sebab dapat ramai kawan...tapi yang tak best bila exhausteddd~ penat yg melampauuu..huhu..

Ok la straight to the point, dah baca dialog kat atas kan. So lepas je ambil order aku pun terus siapkan semua  order yang diminta oleh customer tu. Sampai je order yang last, iaitu Cheezey Wedges, aku kena tegur dengan staff KFC yang kerja di bahagian cook's department.

" Banyaknya letak wedges, just letak 7 atau 6 lah! Cheezzz tu pun janganlah letak banyak sangat.." 

Aku pun macam...erkkk! haha. Yelah da lah pekerja baru masa tuh..mana tak cuak bila kena tegur dengan staff yang nampak macam garang dan saiz badan 2 kali ganda besar dari aku..hehe.

Dalam hati aku kata:  

Kalau aku jadi customer, mestilah aku nak wedges ni lebih sikit dari 7, sebab tak semua wedges tu besar-besar... some of them ada yang kecik so aku decide nak letak lebih sikit dari 7 tuhhh..

Pastu cheezz tuh. Kalau aku sebagai customer, mestilah aku nak cheezz tu lebih sikit baru sedap nak makan kan... haaa..bayar pun da mahal..apa salahnya kan... 

End of the story, aku buat je cheezey wedges yang macam aku nak...hahah! 

Moral of the story, kepuasan customer harus di utamakan... ^_^



Thursday, 7 June 2012

Nescafe dan Parkinson

Assalamualaikum.

Isyh! I tak suka lah minum Nescafe ni. Menggigil je tangan. Tapi kena gak minum...demi exam! haha. Apapun, Nescafe memang sedap, lagi-lagi perisa Latte~ Mmm... ^_^ 

Tapikan, ada kawan cakap tak elok minum Nescafe ni banyak-banyak.. Nanti kena Parkinson. What?Parkinson?? Hah lah. Orang yang ada sakit Parkinson kan selalu je tangan dia menggigil...kan?

Okeh, berdasarkan dialog di atas tentu ada diantara kita semua yang pernah beranggapan sedemikian rupa. kan? Kalau tak, tak pe. Kalau ye? Ini faktanya yang sebenar... 

Nescafe memang akan memberi kesan tangan menggigil disebabkan kandungan kaffein..tapi tak semua akan mengalami kesan macam tu. Kadang ada yang pening-pening kepala..Maksudnya di sini minum minuman kaffein ini akan memberi kesan yang berbeza-beza bagi setiap individu..tapi tak lah beza mana pun kadang tu ada yang sama gak..Kesan-kesan kaffein ni ada banyak, korang google je if nak tau dengan lebih lanjut.. 

Lain pula bagi penyakit Parkinson ni. Memang ia menyebabkan tangan menggigil tapi itu disebabkan sel-sel di bahagian substansia of niagra yang terletak di kawasan tengah otak yang semakin berkurang.. Fungsi substansia of niagra ini penting dalam memastikan pergerakan anggota badan bergerak dengan lancar.

Akhir kata, kurangkan minum Nescafe kerana ia boleh menyebabkan kencing manis dan juga batu karang..

Friday, 1 June 2012

Ha-Ha-Ha~ with Angelman syndrome

Assalamualaikum.

Hahaha~ Gembira selalu merupakan karakter utama pada kanak-kanak yang mengalami Angelman syndrome. Sindrom ini agak jarang berlaku, dengan nisbah 1 daripada 20,000. Angelman syndrome disebabkan mutasi yang berlaku pada genetik. Kanak-kanak ini biasanya akan menghadapi masalah dalam percakapan, mengimbangi badan, pergerakan dan suka ketawa..hahaha~ ! serius, they all memang sangat happy! ^_^

Bagaimanapun, aku kagum dengan Colin Farrell yang merupakan pelakon filem S.W.A.T dan Phone Booth yang bersikap terbuka tentang anaknya James yang mengalami Angelman syndrome ini. ^_^

                                   He made me a better man- Colin Farrell

Marah tak bertempat

Assalamualaikum.

Memandangkan hari ni hari jumaat, hari yang penuh dengan keberkatan aku ingin berkongsi sedikit bingkisan daripada rancangan al-hidayah. Topik yang dibincangkan pada hari ini ialah mengenai solat. Isu solat ini memang dah lapuk tapi bagi aku ia masih lagi perlu dibincangkan dan ditekankan kerana masih ramai lagi umat-umat Islam di luar sana yang mengambil mudah tentang solat mereka. 

Segelintir ibu-bapa diluar sana selalu memarahi anak-anak mereka kerana tidak menyiapkan kerja sekolah atau tidak mendapat keputusan yang bagus di dalam peperiksaan tetapi tidak pula memarahi anak-anak mereka kerana tidak menunaikan solat. Sedangkan solat itu wajib bagi umat-umat Islam. 

Kadang-kadang ibu bapa mereka sahaja yang rajin bersolat, tetapi tidak anaknya.. Alangkah sayangnya kerana mereka(ibu-bapa) hanya menjaga diri mereka sahaja tetapi tidak memelihara keluarga yang mereka bina dengan menjaga keutuhan agama mereka secara menyeluruh dengan memastikan anak-anak mereka juga menunaikan solat.


Oleh itu, janganlah kita hanya memarahi tetapi tidak kena pada tempatnya..
Ayuhlah, kita didik anak-anak kecil sedari umur 7 tahun untuk menunaikan solat untuk menjaga sahsiah diri yang baik kelak ^_^